Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya jua saya baru sahaja selesai menyempurnakan sebuah buku koleksi Surat-surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat-surat Pekeliling Ikhtisas dan Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia dan seumpamanya yang saya kira amat berharga dan perlu bagi memantapkan lagi pendokumentasian sesebuah badan disiplin di sekolah saya khasnya.
Saya hadiahkan kerja-kerja mengumpulkan hasil tugasan ini istimewa buat semua rakan sekerja di unit disiplin khasnya pihak pentadbiran sekolah amnya. Sebenarnya kerja ini nampaknya macam senang namun ianya tidak semudah yang difikirkan walaupun ianya mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin melakukannya. Masa, tenaga dan wang ringgit sebenarnya adalah menjadi taruhan namun sekiranya kita mengehendakinya segala boleh dilakukan dan dicapai.
Kepuasan sahajalah yang menjadi galang gantinya atas kerja yang dilakukan ini dan itulah sebenarnya harga bagi sebuah buku yang terhasil ini. Segalanya demi untuk kebaikan diri, pelajar, rakan-rakan dan warga sekolah keseluruhannya. Semoga dengan adanya buku kecil yang seadanya ini ia akan memberi seribu satu manfaat untuk kegunaan bersama dan kesemuanya.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan