Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin, limpah dan kurnianya serta keberkatan dan kekuasaan-Nya untuk memberikan saya kesihatan yang baik sehingga saya dapat melaksanakan tugas terutamanya bagi menyempurnakan laman sesawang ini yang mana ianya adalah sebahagian daripada impian dalam tugas saya.
Selamat datang diucapkan kepada semua pengguna dan pelayar-pelayar internet terutamanya kepada semua warga pelajar SMK Kalabakan, Tawau kerana anda adalah golongan sasar bagi menghasilkan laman sesawang ini. Tidak mungkin saya dianugerahkan idea dan kekuatan untuk menyempurnakan laman ini tanpa adanya anda sebagai pengguna dan golongan sasar yang menjadi sumber inspirasi bagi mencetuskan idea ini.
Saya amat berbesar hati sekiranya laman sesawang ini, para pelajar manfaatkan dengan sepenuhnya demi kebaikan anda sebagai seorang pelajar sehingga dapat membantu menaikkan disiplin sekolah. Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan penghasilan laman sesawang ini sekiranya ianya tidak memberi faedah dan keuntungan kepada anda sebagai seorang pelajar, apalagi kepada saya khasnya dan sekolah amnya.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang memberikan sokongan dalam menjayakan laman sesawang ini khasnya kepada Pihak Pentadbir SMK Kalabakan, Tawau, Ketua Guru Disiplin SMK Kalabakan, rakan-rakan guru disiplin, para pengawas dan semua pelajar SMK Kalabakan, Tawau.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan