Jumaat, 14 Mei 2010

Sumber Panduan Undang-undang dan Peraturan Sekolah SMK Kalabakan, Tawau, Sabah

Buku Panduan Undang-undang dan Peraturan Sekolah SMK Kalabakan, Tawau, Sabah.

Buku Panduan Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan, Tawau, Sabah hendaklah dibaca bersama dengan ORDINAN PELAJARAN 1957 DAN PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959

Peraturan-peraturan atau tindakan disiplin yang akan diguna pakai adalah berlandaskan kepada Surat Pekeliling atau Surat Pekeliling Ikhtisas seperti berikut:

A. PERATURAN / TINDAKAN DISIPLIN


1. Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil 6/1968
• Pembuangan Murid-Murid Daripada Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang


2. Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil 8/1968
•Tatatertib Di Sekolah-Sekolah


3. Tambahan kepada Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil 6/1968 dan Bil 8/1968


4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1972
• Peraturan-Peraturan ( Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959


5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1972
• Disiplin Di Sekolah,Perturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid


6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983
• Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran


7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986
• Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah


8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1991
• Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid


9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1995
• Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah


10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1995
• Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah


11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1996
• Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah

Tiada ulasan: